Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bersempena dengan sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-83 hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar turut mendoakan agar Tuanku Syed Sirajuddin, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid serta seluruh kerabat diraja Perlis sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah SWT, selain terus dikurniakan keafiatan serta kesejahteraan berpanjangan.

“Merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Negeri Perlis. Daulat Tuanku,” kata Anwar menerusi hantaran itu.-BH Online