PUTRAJAYA: Dua inisiatif bakal dilaksanakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam usaha memelihara kemampanan operasi industri penerbangan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata inisiatif pertama membabitkan pelanjutan tempoh kredit bagi bayaran fi dan caj hingga 60 hari, berkuat kuasa 1 Mei 2026.
Inisiatif kedua membabitkan pemberian rebat tiket penerbangan RM50 kepada warganegara Malaysia bagi laluan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak, serta Wilayah Persekutuan Labuan sempena perayaan Hari Gawai dan Kaamatan.
Bagi inisiatif pertama, pada kebiasaannya, penumpang diberikan tempoh kredit 30 hari, namun bermula 1 Mei ini, ia dipanjangkan hingga ke 60 hari.
“Ini akan membantu sedikit aliran tunai (cash tunai) mereka untuk dua bulan. Ini memang dialu-alukan oleh syarikat penerbangan selepas kita mengadakan mesyuarat bersama dengan mereka semalam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Kempen Penggunaan Rel Bagi Menangani Peningkatan Kos Bahan Api, di kementeriannya, di sini, hari ini.-BH Online
