Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUANTAN: Pelajar yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) layak menerima biasiswa penuh untuk menyambung pengajian ke Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan Universiti Poly-Tech MARA (UPTM).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan SPM 5A hingga 7A turut diberikan peluang untuk menyambung pengajian di dua universiti berkenaan.

“Insya-Allah, jika pelajar itu memperoleh 10A dan ke atas, saya boleh jamin permohonan mereka akan diterima secara automatik untuk masuk ke UNIKL dan UPTM.

“Malah, saya telah mengarahkan perkara ini kepada Ketua Pengarah MARA dan ia juga dipersetujui oleh Pengerusi MARA (Majlis Amanah Rakyat) dan mana-mana pelajar yang dapat 10A akan diberikan biasiswa penuh untuk melanjutkan pengajian di UNIKL dan UPTM,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skuad Yayasan Pelajaran Malaysia (YPM) peringkat kebangsaan 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Bagi pelajar yang hanya mendapatkan tiga kredit yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke universiti, beliau berkata, pelajar berkenaan tidak perlu bimbang kerana kerajaan menyediakan program Pendidikan Dan Latihan Teknikal & Vokasional (TVET).

“Jangan risau, kita ada TVET. Kita akan salurkan lepasan SPM ini ke seluruh 1,399 institusi TVET di seluruh negara.

“Biarpun permohonan untuk kemasukan ke institusi TVET dibuka bermula 15 April lalu bagi pengambilan Julai depan, sebanyak 126,000 permohonan diterima kerana TVET mempunyai masa depan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pelancaran skuad YPM itusebagai inisiatif strategik dalam memperkasa belia menjadi ejen perubahan sosial, Pendidikan dan pembangunan komuniti.

“Skuad YPM digerakkan sebagai platform untuk memperluas akses Pendidikan berkualiti kepada pelajar luar bandar dan B40, di samping memupuk nilai kepimpinan, kesukarelawan, keusahawanan dan perpaduan dalam kalangan generasi muda.

“Selain itu skuad YPM bukan sekadar sukarelawan tetapi symbol semangat anak muda Malaysia yang bersedia turun padang membantu masyarakat dan membawa perubahan secara langsung.

“Inisiatif ini sejajar dengan semangat Malaysia Madani dan tekad kerajaan untuk merakyatkan pembangunan,” katanya.-BH Online