Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BANGKOK: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini bagi memulakan lawatan kerja selama dua hari atas jemputan rakan sejawatannya dari Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan delegasi selamat mendarat di Terminal 2 Tentera Udara Diraja Thailand kira-kira jam 1.20 tengah hari waktu tempatan.

Ketibaan beliau disambut Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pengangkutan Thailand, Suriya Juangroongruangkit.

Anwar diiringi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin serta Utusan Khas Pengerusi ASEAN mengenai Myanmar, Othman Hashim.

Sejurus tiba, Perdana Menteri bergerak ke Government House bagi menghadiri mesyuarat dua hala bersama Paetongtarn.

Ini adalah lawatan keempat Anwar ke Thailand sejak dilantik Perdana Menteri pada November 2022 dengan lawatan rasmi pertama ke Bangkok pada Februari 2023, diikuti lawatan kerja ke Sadao dan Bukit Kayu Hitam pada November tahun sama serta lawatan kerja ke Su-Ngai Kolok-Rantau Panjang pada Ogos tahun lalu.

Semalam, Kuasa Usaha Sementara Malaysia ke Thailand Bong Yik Jui, dilaporkan berkata pertemuan Anwar dan Paetongtarn dijangka membincangkan usaha bagi mencari penyelesaian banjir di kawasan selatan Thailand dan Kelantan.

Isu lain yang bakal disentuh seperti keterhubungan sempadan, Kepengerusian ASEAN serta isu serantau dan global.

Kedua-dua pemimpin itu juga dijangka menyusul hasil Rundingan Tahunan Malaysia-Thailand Ke-7 (7th Annual Consultation – AC) yang diadakan di Putrajaya pada 16 Disember tahun lalu.

Selain itu, Anwar dan Paetongtarn bakal menyaksikan pertukaran perjanjian berkaitan pembinaan jambatan kedua serta menaik taraf jambatan sedia ada yang menghubungkan Rantau Panjang dan Su-Ngai Kolok.

Perjanjian terbabit akan ditandatangani di antara Nanta dan Suriya.

Selesai di Government House, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut dijadual mengadakan pertemuan bersama Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi kepada Pengerusi ASEAN, serta sesi libat urus bersama kapten industri Thailand.

“Seperti yang dimaklumkan Anwar sebelum ini, beliau dijangka berjumpa dengan Ketua Junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi ASEAN. Bagaimanapun lokasi dan masa pertemuan belum ditentukan,” kata Yik Jui.

Sejak penubuhan hubungan diplomatik secara rasmi pada tahun 1957, Malaysia dan Thailand menyaksikan jalinan kerjasama yang erat selaku negara jiran tetangga. 

Pada tahun 2024, Thailand adalah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global dan ketiga terbesar dalam kalangan negara anggota ASEAN dengan jumlah dagangan sebanyak RM114.56 bilion.

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=3899972605&pi=t.aa~a.1654364369~i.38~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1744876575&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F04%2F1385688%2Flawatan-kerja-ke-thailand-bermula-anwar-jumpa-paetongtarn&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1744876605387&bpp=1&bdt=831&idt=1&shv=r20250410&mjsv=m202504160101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3Dd32c13ff457eaf1e%3AT%3D1744802036%3ART%3D1744876336%3AS%3DALNI_MZn0X-vrrRq9IrqvR8vzJwpl0q-0g&gpic=UID%3D000010a109e6fa37%3AT%3D1744802036%3ART%3D1744876336%3AS%3DALNI_MbKPcOjAwucnNmxNlweIsUUR_w13A&eo_id_str=ID%3D67fcb2e05c188d4d%3AT%3D1744802036%3ART%3D1744876336%3AS%3DAA-AfjZXUWsujJW6SmVkQaxBoUek&prev_fmts=0x0%2C430x358&nras=3&correlator=1248453034792&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=2961&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95355972%2C95355974%2C95353387%2C95353450%2C31091820%2C95357878%2C31090956%2C95356661%2C95357715&oid=2&pvsid=1217074758882059&tmod=778287112&uas=1&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=2&fsb=1&dtd=24

Dari Januari hingga Februari lalu, jumlah dagangan dua hala telah mencecah RM17.65 bilion berbanding RM16.80 bilion dalam tempoh sama pada tahun lalu.-BH Online