Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR, 13 April – Analisis baharu mengenai impak susulan perubahan terkini tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap ekonomi negara akan dibentangkan pada mesyuarat Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) esok, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Setiap hari ada perkembangan baharu. Terkini, (Presiden Donald) Trump beri pengecualian tarif untuk telefon pintar dan komputer.

“Perubahan macam ni memaksa kita buat analisis baru dengan segera untuk tahu impaknya pada ekonomi negara. Analisis tepat, strategi pun tepat,” katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Pada 7 April, Tengku Zafrul berkata NGCC diaktifkan bagi tujuan menangani kesan tarif AS.-BERNAMA