Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Satu kebakaran besar tercetus pagi ini susulan letupan saluran paip gas bawah tanah yang terletak berdekatan laluan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) menuju ke Putra Height, pagi ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran itu membabitkan saluran paip gas LPG yang terletak di Jalan Putra Harmoni, Putra Height.

Balai Bomba Subang Jaya yang terletak kira-kira 13 kilometer dari lokasi kejadian terbabit, menerima maklumat pertama letupan itu pada jam 8.10 pagi.

Susulan itu, anggota bomba dan penyelamat daripada balai berkenaan dengan bantuan beberapa balai berdekatan termasuk Puchong dikejarkan ke lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata operasi pemadaman yang dijalankan.

Sehingga ini, api masih marak di lokasi kejadian menjulang tinggi hingga kesan kebakaran itu dapat dilihat sejauh beberapa kilometer.

Kesan kebakaran itu juga menyebabkan bahang panas dirasai kediaman penduduk yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

Penduduk Kampung Seri Aman, Puchong mendakwa bahang kesan daripada kebakaran itu dirasai hingga ke perumahan mereka.

Selain terasa bahang panas, kebakaran itu turut menerbangkan pasir dan debu ke kawasan sekitarnya.-BH Online