Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah mengenal pasti dan menetapkan tapak baharu bagi proses penempatan semula kuil Dewi Sri Pathrakaliamman berhampiran Jalan Masjid India dekat sini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, berkata tapak berkenaan terletak berhampiran kuil sedia ada dengan keluasan 4,000 kaki persegi. Beliau berkata, tapak terbabit adalah sebahagian daripada Lot PT95 Seksyen 40 Mukim Bandar Kuala Lumpur, namun tidak memperincikan bila proses penempatan semula kuil itu akan dimulakan.

Sebelum ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan menyelesaikan isu pembangunan tanah milik sebuah syarikat swasta yang menjadi tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL melalui satu kenyataan memaklumkan pihaknya sudah mengenal pasti lokasi baharu untuk pemindahan rumah ibadat itu bagi memastikan penganut Hindu dapat terus menjalankan aktiviti keagamaan mereka dengan selesa dan harmoni.-BH Online