Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SHAH ALAM: Lim Guan Eng gagal mempertahankan jawatannya sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) baharu, malam ini.

Ahli Parlimen Bagan itu sebaliknya dilantik sebagai Penasihat DAP bagi menggantikan penyandangnya, Tan Kok Wai yang mengumumkan tarik diri sebelum ini.

Perkembangan terbaru itu turut menyaksikan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP kini dipegang oleh Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke pula kekal menerajui parti itu sebagai Setiausaha Agung DAP bagi penggal kedua berturut-turut.

Berikut senarai penuh CEC DAP 2025-2028

Penasihat: Lim Guan Eng

Pengerusi Kebangsaan: Gobind Singh Deo

Timbalan Pengerusi Kebangsaan: Nga Kor Ming

Naib Pengerusi Kebangsaan:

1) Chong Chieng Jen

2) Teo Nie Ching

3) Ng Suee Lim

4) Syahredzan Johan

5) J Arul Kumar

Setiausaha Agung: Loke Siew Fook (Anthony)

Timbalan Setiausaha Agung:

1) Sim Chee Keong (Steven)

2) Yeoh Tseow Suan (Hannah)

3) Ramkarpal Singh

Bendahari Kebangsaan: Ngeh Koo Ham

Penolong Bendahari Kebangsaan: Ng Sze Han

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Koo Poay Tiong

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan:

1) Lee Chin Chen

2) Tan Hong Pin

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Yeo Bee Yin

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan:

1) Young Syefura Othman

2) Wong Shu Qi

Setiausaha Antarabangsa: P Kasthuriraani

Penolong Setiausaha Antarabangsa: Alice Lau Kiong Yieng

Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Lee Chuan How (Howard)

Penolong Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan: Vivian Wong Shir Yee

Pengarah Strategik: Liew Chin Tong

Pengarah Dasar: Chan Foong Hin

Pengarah Pilihan Raya: Wong Kah Woh

AJK:

1) Teo Kok Seong 

2) Chow Kon Yeow

-BH Online