Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil 10 lagi saksi dalam siasatan pengisytiharan harta berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Perdana Menteri kesembilan.

SPRM berkata, mereka akan dipanggil dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan lapan individu akan dipanggil untuk dirakam keterangan berhubung siasatan berkenaan.

Ia susulan penahanan empat individu termasuk bekas pegawai kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob manakala Ahli Parlimen Bera itu dipanggil SPRM minggu lalu.-BH Online