Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan wang tunai kepada seorang nelayan di Pahang bagi meringankan beban selepas pendapatan terjejas kerana tidak dapat ke laut akibat cuaca tidak menentu.

Sumbangan menerusi Siri Ziarah MADANI itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kepada Saluna Mat Jusoh iaitu isteri kepada nelayan dikenali sebagai Hasim, di Kampung Cherating, Kuantan.

Selain tidak dapat mencari rezeki akibat cuaca tidak menentu, pendapatan Hasim sebagai nelayan sekitar RM1,000 sebulan menyebabkan beliau menanggung bebanan kos sara hidup. 

Ahmad Farhan dalam hantaran di laman X rasminya berkata, Pegawai Pusat Komuniti MADANI Indera Mahkota memaklumkan mengenai keadaan rumah Hasim yang uzur membabitkan atap bocor, dinding reput dan dapur daif, menjadikan rumah itu bukan tempat berteduh yang selesa buat keluarganya.

“Lantaran itu, saya hadir untuk menghulurkan harapan agar rumah Saluna sekeluarga dapat dibaik pulih supaya lebih selesa dan selamat untuk mereka sekeluarga. 

“Besar harapan kami agar bantuan ini dapat memberi sedikit kelegaan buat Saluna dan keluarganya. 

“Dalam negara MADANI, setiap rakyat berhak hidup dengan lebih selesa dan bermaruah,” katanya.-BH Online