Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

SEPANG: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bakal menjadi agensi tunggal yang akan menyelaraskan semua operasi di 141 pintu masuk negara. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata penubuhan AKPS menandakan komitmen kerajaan MADANI yang tidak berbelah bahagi untuk mewujudkan rangka kerja kawalan sempadan yang lancar dan cekap dengan AKPS berfungsi sebagai agensi tunggal di sempadan. 

Beliau berkata AKPS menyatukan kepakaran dan sumber dari pelbagai jabatan kerajaan untuk menyelaras operasi pintu masuk di seluruh negara, sama ada lapangan terbang, sempadan darat dan pelabuhan. null

“Kajian demi kajian, yang telah bermula sejak November 2018 sehinggalah kepada pembentukan Pasukan Nukleus Single Border Agency (SBA) pada Oktober 2021.’

“Ini memperlihatkan usaha berterusan kerajaan menambah baik ekosistem dan penyampaian perkhidmatan di pintu-pintu masuk negara melalui penubuhan sebuah agensi tunggal,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran AKPS di Anjung Tinjau Terminal 1 KLIA di sini, hari ini. 

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Hazani Ghazali. 

Untuk rekod, setakat 31 Januari lalu, AKPS sudah beroperasi di 19 pintu masuk negara. 

Fadillah berkata penubuhan AKPS ditunjangi lima objektif utama termasuk untuk menyatukan pelbagai fungsi penguatkuasaan sempadan di bawah satu ‘chain of command’ (rantaian arahan).

“Sebelum ini, pengurusan sempadan di Malaysia melibatkan pelbagai agensi seperti perkastaman, imigresen, kuarantin dan banyak lagi yang sering membawa kepada kekeliruan, pertindihan tugas dan halangan komunikasi.

“Dengan menyatukan pelbagai fungsi utama secara bersepadu di bawah tanggungjawab sebuah agensi, Malaysia mampu mewujudkan pendekatan yang terselaras untuk pengawalan sempadan yang efektif,” katanya. 

Selain itu, katanya pengoperasian oleh AKPS akan lebih memudahkan aktiviti perdagangan dan perjalanan dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih lancar, memperkukuh aspek keselamatan selain mempertingkatkan mutu penyampaian. 

“AKPS juga sebagai agensi perlindungan dan keselamatan sempadan negara meliputi domain udara, laut dan darat melalui kolaborasi bersepadu bersama agensi lain. 

“Ini termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

“Saya percaya dengan kolaborasi padu ini akan memperkukuh keselamatan dan kedaulatan sempadan Malaysia,” katanya. 

Mengulas lanjut, Fadillah berkata operasi AKPS juga akan dipastikan selari dengan perkembangan teknologi yang dinamik dan cepat berevolusi seterusnyamembentuk pelbagai ancaman kepada keselamatan negara. 

“Keperluan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam strategi kawalan sempadan negara yang dilihat sangat kritikal, justeru penggunaan teknologi AI dalam kawalan pintu masuk dan sempadan melalui sistem dan aplikasi yang terkini secara optimum akan membantu pegawai di pintu masuk. 

“Sebagai contoh, penyelarasan dan analisis data dari kamera litar tertutup (CCTV) dan mesin pengimbas barangan di pintu masuk yang dilengkapi teknologi AI akan mempertingkatkan keupayaan para pegawai dalam membangunkan analisis risiko di pintu masuk,” katanya. 

https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=969421036&pi=t.aa~a.1654364369~i.37~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1738475329&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F02%2F1356472%2Fakps-agensi-tunggal-selaras-operasi-141-pintu-masuk-negara-tpm&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1738475330708&bpp=1&bdt=1257&idt=1&shv=r20250129&mjsv=m202501230101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D7f7b27a0e708cfd2%3AT%3D1738439043%3ART%3D1738475330%3AS%3DALNI_MamOhoRnNJ6MK4tqAOrbkrub1x72g&gpic=UID%3D0000101919142045%3AT%3D1738439043%3ART%3D1738475330%3AS%3DALNI_MaQ8uqeLhQqx-rSDvvuyTDABAHElw&eo_id_str=ID%3D8541b60cdad70424%3AT%3D1738439043%3ART%3D1738475330%3AS%3DAA-AfjY9hcxQ44lA92ywAX45UsXf&prev_fmts=0x0&nras=2&correlator=4969855348082&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=3090&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=31089716%2C95350549%2C95347433&oid=2&pvsid=3762514795548189&tmod=970873485&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=7&uci=a!7&btvi=1&fsb=1&dtd=4

Beliau berkata pendekatan proaktif ini boleh membantu agensi seperti AKPS dalam memintas potensi ancaman sebelum ia berlaku, sekaligus meningkatkan tahap keselamatan secara keseluruhan di pintu masuk dan sempadan negara. 

Dalam pada itu, katanya kerajaan juga bersedia melabur dalam penyelidikan dan pembangunan bagi meneroka kaedah dan penggunaan teknologi dan sistem baharu yang boleh meningkatkan lagi keupayaan pengurusan sempadan negara.-BH Online