Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

NIBONG TEBAL, 19 Januari- Festival Nibong Tebal yang mengetengahkan budaya serta warisan masyarakat tempatan diyakini menjadi platform tarikan pelancong domestik dan antarabangsa.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kow Yeow berkata ia merupakan landasan terbaik dalam mempromosikan keunikan Seberang Perai setaraf dengan festival besar lain.

“Melalui festival ini, bukan sekadar orang tempatan, tetapi orang dari luar juga dapat mengenali sejarah kita bagaimana nenek moyang kita memperjuangkan, mempertahankan dan mengembangkan nilai-nilai sejagat, nilai warisan dan budaya untuk memberi kebanggaan kita sebagai warga negeri Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Nibong Tebal bertempat di Pasar Lama Nibong Tebal.

Turut hadir, Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek dan Exco Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa Negeri, H’ng Mooi Lye.

Festival berkenaan berlangsung selama dua hari berakhir hari ini .

Ia turut mengetengahkan jualan makanan, kebudayaan dan lukisan mural.-Berita RTM