KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi sebagaimana didakwa oleh Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) dalam satu kenyataan pada Rabu lalu.
KPKM dalam satu kenyataan, kelmarin, memaklumkan dakwaan pertubuhan itu adalah tidak tepat, selain telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pesawah serta pemain industri padi dan beras negara.
“Oleh itu, KPKM menggesa supaya penyebaran maklumat berhubung kenyataan ini dihentikan segera dan menegaskan bahawa sebarang penyebaran maklumat tidak sahih ini adalah bawah tanggungjawab penyebar,” menurut kenyataan itu.
Pesawah dalam kenyataan media itu mendakwa harga belian padi telah diturunkan kepada RM1,300 satu tan metrik berbanding harga semasa, iaitu sekitar RM1,500 hingga RM1,800.null
Kenyataan sama mendakwa keputusan itu telah dimuktamadkan pada mesyuarat pengilang-pengilang beras bersama Ketua Pengarah Bahagian Industri Padi dan Beras (IPB), baru-baru ini.-BH Online