PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menubuhkan pasukan petugas khas dipengerusikan Ketua Setiausaha (KSU) bagi menangani isu membabitkan kenderaan berat secara menyeluruh.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pasukan diketuai KSU MOT, Datuk Jana Santhiran Muniayan, itu akan membabitkan pelbagai pihak berkepentingan untuk merangka dan melaksanakan pendekatan berkesan demi keselamatan pengguna jalan raya.
https://googleads.g.doubleclick.net/pagead/ads?gdpr=0&client=ca-pub-7290637544752706&output=html&h=358&adk=1983910584&adf=1103367320&pi=t.aa~a.1654364369~i.3~rp.4&w=430&abgtt=6&lmt=1736147333&num_ads=1&rafmt=1&armr=3&sem=mc&pwprc=9625033039&ad_type=text_image&format=430×358&url=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional%2F2025%2F01%2F1345572%2Fpasukan-petugas-tangani-isu-kenderaan-berat-loke&fwr=1&pra=3&rh=332&rw=398&rpe=1&resp_fmts=3&sfro=1&wgl=1&fa=27&dt=1736147334567&bpp=1&bdt=1073&idt=1&shv=r20241212&mjsv=m202412090101&ptt=9&saldr=aa&abxe=1&cookie=ID%3D51e349fed4ff79d3%3AT%3D1736143911%3ART%3D1736147293%3AS%3DALNI_MbLCFir1czfAOe4FxKjOIV2z3m3Jg&gpic=UID%3D00000fd64d34637c%3AT%3D1736143911%3ART%3D1736147293%3AS%3DALNI_MbaLXtztM-3JVWRjKwkJr_TPrIywQ&eo_id_str=ID%3D84c95b2c5234d033%3AT%3D1736143911%3ART%3D1736147293%3AS%3DAA-Afja1iNkxKwzlzmjxHU9RvAHa&prev_fmts=0x0%2C430x731&nras=3&correlator=468720057062&frm=20&pv=1&u_tz=480&u_his=1&u_h=932&u_w=430&u_ah=932&u_aw=430&u_cd=24&u_sd=3&adx=0&ady=977&biw=430&bih=731&scr_x=0&scr_y=0&eid=95347433&oid=2&pvsid=4444298283493569&tmod=62617742&uas=3&nvt=1&ref=http%3A%2F%2Fm.facebook.com%2F&fc=1408&brdim=0%2C0%2C0%2C0%2C430%2C0%2C430%2C731%2C430%2C731&vis=1&rsz=%7C%7Cs%7C&abl=NS&fu=128&bc=31&bz=1&ifi=3&uci=a!3&btvi=1&fsb=1&dtd=4
“Saya memberi mandat penuh kepada KSU bahawa pasukan petugas khas ini bukan lagi untuk mengkaji, tetapi untuk melaksanakan.
“KSU akan melaporkan kepada saya secara terus kerja-kerja pasukan tugas khas berkenaan dan MOT mahu memastikan ia berjalan lancar.
“Mereka diberi mandat melaksanakan langkah-langkah yang boleh diambil segera tanpa membuat apa-apa kajian atau sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis amanat tahun baharu 2025 di sini, hari ini.
Loke berkata, MOT akan melaksanakan penguatkuasaan bersepadu dan berterusan di lapangan membabitkan pelbagai pihak.
Katanya, ia merangkumi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
“Ini bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan lalu lintas membabitkan kenderaan berat bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya keseluruhannya.
“JPJ akan mengetuai penguatkuasaan dan diberi mandat penuh melaksanakan operasi penguatkuasaan sepanjang masa.
“Jadi ia bukan secara bermusim tetapi sepanjang masa dan menjadi tugas harian mereka untuk membuat penguatkuasaan.
“JPJ diberi sokongan penuh untuk melaksanakan penguatkuasan secara bersepadu,” katanya.
Loke berkata, MOT akan memperluas capaian pemasangan sistem ‘High Speed – Weigh in Motion’ (HS-WIM) bagi mengesan kelajuan dan timbangan kenderaan berat.
Katanya, ia kini di peringkat akhir pelaksanaan pembangunan yang dijangka bermula operasi mulai suku ketiga 2025.
Pelan utama membabitkan penguatkuasaan melalui HS-WIM akan dibangunkan, bertujuan memperbanyak pemasangan sistem ini di lokasi hotspot’ seperti kawasan berisiko tinggi kemalangan dan aliran trafik tinggi.
“Pelaksanaan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) akan ditambah baik dengan melaksanakan kaedah ‘point-to-point’ berbanding kaedah statik sebelum ini,” katanya.
Loke berkata, kedah baharu itu membolehkan pemantauan kelajuan kenderaan dilakukan dengan lebih menyeluruh dengan mengukur kelajuan purata kenderaan di antara dua titik kamera berdasarkan jarak dan masa perjalanan.
“Dengan penambahbaikan AWAS dengan mekanisme point-to-point, MOT yakin ia dapat menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan jalan raya dan meningkatkan kesedaran serta disiplin pemandu di seluruh negara,” katanya.-BH Online