Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sarawak memerlukan akauntan bertauliah untuk menyokong pembangunan sektor tenaga baharu negeri itu, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Pembangunan tenaga baharu seperti hidrogen pada masa hadapan akan menjana hasil pendapatan, dan kuantum perkiraan jualannya memerlukan khidmat akauntan,” katanya pada Majlis Makan Malam Penghargaan Pemegang Taruh Association of Certified Chartered Accountants (ACCA) 2024 Sarawak di sini.

Selaras hasrat tersebut, Sarawak akan memperkenalkan inisiatif pendidikan percuma di universiti milik negeri itu bermula tahun depan.

Langkah itu dijangka melahirkan lebih ramai akauntan bertauliah dan berkualiti yang dapat menyumbang kepada kemajuan negeri tersebut.-Berita RTM