PASIR MAS: Bandar Kota Bharu sudah dinaiki air sedalam kira-kira dua meter berikutan air Sungai Kelantan di Tambatan D’Raja yang melimpah sejak 12 tengah malam tadi dan menunjukkan trend menaik.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata polis sedang melakukan persediaan untuk memindahkan mangsa banjir sekiranya menjejaskan pusat pemindahan sementara (PPS) sedia ada.
“Limpahan air sungai berlaku kerana air pasang di tempat lain dan bertembung dengan air Sungai Kelantan,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Kawalan Operasi Bencana di Balai Polis Repek di sini hari ini.-BH Online