Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan pelantikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri melalui kenyataan memaklumkan, pelantikan Musa adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 September lalu hingga 12 September 2027.

“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia, bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar,” menurut kenyataan itu.null

Untuk makluman, jawatan Menteri Darjah itu bukan berstatus menteri. 

Setiap darjah kebesaran, pingat dan bintang ada watikah. Setiap watikah perlu ditandatangani oleh dua pihak, iaitu Pendaftar Darjah, Menteri Darjah sebelum ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong.

Tugas Menteri Darjah hanya tandatangan watikah untuk memastikan ketulenan watikah yang dikeluarkan.

Musa memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dari Julai 1981 sehingga Mac 1986.

Beliau juga pernah menjadi Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pengerusi Sesi ke-51 dan ke-52 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB dan Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Dunia.

Pengerusi Emeritus United Malayan Land Bhd itu juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby Berhad dan Kumpulan Guthrie.-BH Online