Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Wisma Putra masih menjejaki 187 warga Malaysia yang ditipu oleh sindiket penipuan kerja di beberapa buah negara.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin berkata, usaha menjejaki semua mereka dilaksana dengan kerjasama pihak berkuasa negara terbabit.

“Kita diperingkat wisma Putra telah menubuhkan jawatankuasa khas ‘task force’ melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Imigresen, PDRM dan beberapa agensi lain.

“Kita juga telah bekerjasama secara bersepadu bersama-sama dan ada beberapa ketika kita perlu terbangkan mereka ke mana-mana negara supaya mereka dapat berunding dengan cepat”, katanya demikian ketika ditemui media pada Malam Kemuncak Raya Kaamatan Peringkat Mukim Batu Enam 2024 di SK Our Lady Of Fatima di sini.

Mengulas sembilan warga Malaysia yang diselamatkan di Vietnam oleh Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan dibawa pulang ke negara ini pada April lalu, Datuk Mohamad Alamin berkata, ia bukan disebabkan pemerdagangan manusia sebaliknya penyalahgunaan passport melancong ke negara itu untuk bekerja.

Beliau mengingatkan rakyat negara ini agar menggunakan saluran yang betul sekiranya berhasrat untuk bekerja di luar negara bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku.-BERITA RTM