Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, mengunjungi Kedutaan Iran di Malaysia hari ini, untuk menyampaikan ucapan takziah bagi pihak rakyat Malaysia atas pemergian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran, Dr Hossein Amirabdollahian yang terbunuh dalam nahas helikopter Ahad lalu.

Menerusi hantaran di akaun media sosial X, Mohamad menyampaikan ucapan takziah itu kepada Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi atas kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam dan rakyat republik Islam itu.

Menteri Luar menyatakan, beliau juga telah menandatangani nota takziah bagi pihak kerajaan Malaysia atas pemergian kedua-dua pemimpin Iran berkenaan.null

Dalam nahas pada 19 Mei kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan, helikopter dinaiki Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, melakukan pendaratan kecemasan di Hutan Dizmar Tengah di Wilayah Azerbaijan Timur, ketika dalam penerbangan pulang ke Tehran.

Presiden dan menteri luar termasuk semua penumpang lain di dalam helikopter berkenaan terkorban dalam nahas itu. – BERNAMA