Sorting by

×

Seramai 1,000 guru terpilih akan menerima latihan khas untuk melatih 100,000 guru lain bagi menggerakkan agenda guru digital, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Selain itu, katanya, 500 guru dari seluruh negara akan dipilih menyertai kursus pemerkasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi melonjakkan kapasiti dan keupayaan pendidikan.

Mengumumkan demikian pada majlis perasmian sambutan Hari Guru Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah (SASICC) di sini hari ini, beliau berkata, 1,000 guru terpilih itu akan menghadiri kursus dan menerima sijil profesional digital serta diiktiraf Guru Jauhari Digital KPM.

Pada sambutan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu, Fadhlina antara lain turut menyarankan kompetensi digital secara kendiri warga pendidik bagi memenuhi keperluan dalam melaksanakan tugas.-BH Online