Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Anwar berkata hasrat itu dizahirkan oleh rakan sejawatnya Pengerusi Menteri-Menteri Kabinet Republik Kyrgyz Akylbek Zhaparov pada pertemuan mereka di Kediaman Negara Ala Archa di sini petang tadi.

“Beliau kalau boleh minta supaya (kita) melantik seseorang yang boleh menjadi penasihat kepada kerajaan (Republik Kyrgyz). Itu tahap penghormatan dan pengiktirafan mereka kepada kerajaan Malaysia. null

“… maknanya, apabila hendak berunding tentang soal seperti penswastaan, projek-projek hidro, lebuh raya atau penggalian emas umpamanya, mereka minta kalau boleh kita beri nasihat dan (kongsi) pengalaman kita untuk bantu,” katanya. 

Perdana Menteri berkata demikian kepada media Malaysia pada sidang akhbar sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke republik itu atas jemputan Presiden Sadyr Zhaparov.-BH Online