Sorting by

×

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Malam Langkahan Wira Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dekat sini.

Bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir, majlis itu menyaksikan Sasterawan Negara ke-10 yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Dr Anwar Ridhwan mendeklamasikan puisi.

Istimewanya majlis itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan masing-masing turut menyumbangkan bacaan puisi.

Pada majlis itu, Sasterawan Negara ke-15 yang juga penyair terkemuka tanah air, Datuk Rahman Shaari turut memperdengar puisi nukilannya yang bertajuk Langkahan Wira.

Malam Langkahan Wira bertujuan memperkasa sastera dalam kalangan pelajar dan masyarakat dianjurkan bersama Persatuan Penyair Malaysia, DBP dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Langkahan Wira ialah kisah pejuang yang memperjuang keadilan sebelum merdeka, iaitu kemerdekaan menjadi fokus utama untuk dicapai oleh penyair.