Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Lelaki warga Israel, Shalom Avitan, 38, tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini untuk pertuduhan.

Individu tersebut tiba di pekarangan mahkamah pukul 8.10 pagi, dengan tangan bergari selain dikawal ketat pihak polis.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan lelaki warga Israel yang turut memiliki pasport kewarganegaraan Perancis ditahan di sebuah hotel mewah di Jalan Ampang selepas dikesan memiliki enam pucuk pistol jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru, yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Susulan penangkapan tersebut, polis menahan pasangan suami isteri, Abdul Azim Mohd Yasin, 43, dan Sharifah Faraha Syed Husin, 41, yang disyaki menjual enam senjata api kepadanya yang dibeli di Thailand dengan menggunakan maya wang kripto.

Pada 8 April lalu, pasangan suami isteri tersebut telah didakwa di Mahkamah Sesyen Klang kerana membekalkan senjata api kepada warga Israel tersebut. – KOSMO! ONLINE