Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan kerja ke Perlis hari ini, bagi meninjau pembangunan negeri berkenaan.

Terdahulu beliau yang tiba pada jam 3 petang tadi, menghadiri Taklimat Pembangunan Perlis bersama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis.

Turut hadir Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan barisan pentadbiran kanan negeri.

Difahamkan, dalam pertemuan lebih satu jam itu, Anwar diberikan taklimat berkaitan projek pembangunan Persekutuan yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri.

Perdana Menteri kemudian mengadakan tinjauan mesra (walkabout) di Bazar Ramadan Persiaran Wawasan sebelum hadir Majlis Berbuka Puasa Madani di Masjid Nurul Huda, FELDA Chuping.-BH Online