Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Apabila langau-langau ‘berbicara’ pastilah
cerita yang ‘busuk-busuk’ juga yang dicanangkan.

Ini kerana langau adalah spesis serangga yang hidupnya lebih gemar menyedut udara busuk dan amat anti wangi-wangian daripada jenama apapun.

Inilah analogi yang saya mahu gunakan dalam tulisan kali ini bagi menggambarkan betapa kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid (Nik Elin) telah dipolitikkan secara melampau dengan niat jahat cuba memesongkan fikiran rakyat.

Walaupun Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimunah Tengku Mat telah menjelaskan
“Kes ini bukan untuk menjatuhkan martabat Mahkamah Syariah. Pempetisyen hanya mencabar kuasa DUN Kelantan untuk membuat undang-undang yang mana telah melanggar Perlembagaan Persekutuan.”

Dengan kata lain, isu di hadapan kami tidak ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau mahkamah syariah di negara ini.

“Sama ada Islam atau mahkamah syariah dipertahankan atau sebaliknya bukan persoalan di dalam petisyen ini, ” ujar beliau.

Apalah mahu diharapkan kebenaran yang bakal dinyatakan jika langau-langau yang bersuara itu sudah berhati hitam.

Pastilah suara mereka lebih berupa kecaman dan bertujuan memburuk-burukkan Kerajaan Madani yang diterajui oleh Perdana Menteri Datok Seri Anwar Ibrahim.

Pertama, harus disedari dalam keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu itu hanya membatalkan 16 undang-undang syariah yang didapati bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ini bermakna, bukan saja undang-undang syariah masih kekal tegak berdiri di Kelantan, bahkan 16 kesalahan syariah yang dibatalkan itu, undang-undang di bawah Kanun Keseksaan Perlembagaan Persekutuan masih lagi berkuatkuasa.

Ertinya, tiada sesiapa yang bebas melakukan jenayah di bawah 16 kesalahan tersebut kerana undang-undang di bawah Kanun Keseksaan masih ada untuk menghukum mereka.

Lantaran itu, bagaimana mahu dikata Islam sudah terancam?

Yang kedua, keputusan Mahkamah Persekutuan adalah berpaksikan teras bernegara iaitu Perlembagaan Persekutuan merupakan perkara paling tinggi dan tiada undang-undang boleh berkuatkuasa jika bercanggah dengannya.

Di sini menunjukkan wujud kelemahan atau kecuaian di pihak Dun Kelantan ketika meluluskan 16 undang-undang tersebut sebelum ini.

Yang ketiga, mahkamah adalah institusi bebas yang berhak membuat keputusan berdasarkan fakta dan keterangan dibentangkan di depan mata para hakim yang bijaksana.

Kerajaan tidak berhak campurtangan, apa lagi memberi arahan kepada mahkamah membuat sesuatu keputusan yang hanya mengenakkan mereka sahaja.

Memburuk dan menyalahkan kerajaan pusat dalam isu Nik Elin ini memanglah kerja paling mudah, tetapi ia juga memperlihatkan sifat langau yang sentiasa bersarang dalam diri mereka yang berkaitan.-MP