Sorting by

×

Kod ‘Aman 1’ di siaran udara membuatkan ramai anggota yang sedang melakukan penugasan rondaan terkejut mendengar arahan itu.

Kod yang merujuk kepada Ketua Polis Negara itu disampaikan Tan Sri Razarudin Husain dalam lawatan mengejutnya di Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kajang, semalam.

Beliau menerusi akaun TikTok rasminya berkata, tindakan tersebut dilakukannya bagi meninjau operasi harian anggota dan pegawai yang bertugas di lapangan.

Kata beliau, keselamatan dan ketenteraman awam masyarakat sentiasa pada tahap yang tertinggi meskipun pada dalam perayaan Tahun Baharu Cina.

“Peluang bertemu, berkomunikasi, memberi teguran dan nasihat dengan semua petugas di lapangan tadi bukanlah satu permulaan atau pengakhiran.

“Saya akan sentiasa meninjau pelaksanaan tugas pegawai dan anggota di lapangan pada setiap waktu, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran di TikTok.

Sementara itu, di ruangan komen pula ramai yang memuji tindakan beliau ‘turun padang’ melihat penugasan rondaan meskipun pada cuti Tahun Baharu Cina.-Kosmo! Online