Sorting by

×

Semua pihak diminta tidak membuat sebarang kesimpulan berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, sebaliknya semua pihak perlu menunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan.

“Kita tunggu kenyataan rasmi (Lembaga Pengampunan) dan ikut proses seterusnya, kalau tidak, ia akan menimbulkan pelbagai reaksi dan bagi saya kita perlu menonjolkan profesionalisme dalam membuat pelaporan.

“Kita ada bincang dalam mesyuarat Jemaah Menteri tetapi perkara khusus mengenai Lembaga Pengampunan itu akan diselaraskan oleh Lembaga Pengampunan mengenai sama ada kenyataan media dan sebagainya,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pasca Mesyuarat Kabinet Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.-Berita RTM