Sorting by

×

Manfaatkan sebaiknya Kepengerusian ASEAN Malaysia sebagai landasan untuk meningkatkan profil dan nama negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Oleh itu, Anwar menyeru agar jentera kerajaan bersedia dari sudut substantif dan logistik bagi Kepengerusian ASEAN yang akan bermula pada 1 Januari 2025.

“Adalah penting agar penekanan yang lebih diberikan untuk “merakyatkan ASEAN” dan merealisasikan Komuniti ASEAN yang berpaksikan rakyat dalam memacu pembangunan dan pertumbuhan serantau secara kolektif dalam kerangka ASEAN.

“Saya singgung akan peri pentingnya memastikan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 yang lancar, berjaya dan bermakna dengan persediaan yang rapi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.

Terdahulu, selesai sahaja Solat Jumaat, beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Peluncuran Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 di Putrajaya.

Mesyuarat tersebut telah disertai oleh Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri, Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua-ketua Perkhidmatan Kerajaan serta Ketua-ketua Agensi yang berkaitan.-Berita RTM