Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sebanyak RM225 juta diperuntukkan bagi Program Pengedaran Barang Perlu, Tong Gas Petroleum Cecair (LPG) dan Community Drumming (PoS to PoS) sepanjang tahun ini di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang serta Kedah.

Ia bertujuan untuk penyeragaman harga di kawasan pedalaman.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM79.7 juta diperuntuk bagi melaksanakan program di Sabah.

Datuk Armizan berkata, KPDN dalam proses menambah baik pelaksanaan program sama membabitkan tiga aspek iaitu tatacara perolehan, mekanisme kawalan dan pematuhan serta penyasaran komuniti penerima.

“Objektif terasnya ada dua, pertama yang saya sebutkan tadi iaitu kita memastikan masyarakat di kawasan pedalaman juga mempunyai akses kepada barang perlu dan barangan kawalan dalam harga yang sama dan yang kedua daripada segi kestabilan bekalan,”katanya.

Datuk Armizan ditemui media selepas melakukan tinjauan Program Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming di sekitar Tenom.

Mengenai tinjuan tersebut, Datuk Armizan berkata, ia bertujuan memantau pemberian subsidi kerajaan melalui pelantikan syarikat penghantaran yang memberikan perkhidmatan mengangkut barang-barang perlu dan kawalan terpilih daripada pusat bekalan kepada pusat penjualan di pedalaman.

Tujuh barangan terlibat ialah beras putih, gula putih bertapis kasar, tepung gandung, minyak masak, gas petroleum cecair LPG, petrol RON95 dan diesel.-Berita RTM