Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia sudah mencapai 76.1 peratus setakat 30 November lalu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ini bermakna hanya berbaki kurang empat peratus untuk negara mencapai sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini.

Fahmi berkata setelah Malaysia mencapai sasaran itu, kerajaan akan memutuskan untuk mewujudkan rangkaian 5G yang kedua pada masa akan datang.

“Pada 1 Disember lalu, kita sudah tanda tangan Perjanjian Langganan Saham (SSA), maka kelima-lima syarikat telekomunikasi akan menyuntik RM233 juta ke dalam Digital Nasional Bhd (DNB) setiap satu.

“Bererti jumlah itu nanti akan membantu dari segi operasi DNB serta pelaksanaan rangkaian 5G,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini, hari ini.