Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Kerajaan akan mengumumkan mekanisme untuk memohon Skim Penggunaan Motosikal Elektrik pada 8 Disember ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah. 

Skim itu memberikan rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli motosikal elektrik. 

“Dari segi motosikal elektrik, kita akan lancarkan pada 8 Disember ini macam mana nak mohon insentif yang diberi kepada kenderaan elektrik (EV) dua roda seperti diumumkan Perdana Menteri. 

“Kita akan beri pencerahan kepada pembeli motosikal EV yang layak bagaimana dapat memohon untuk bantuan tunai ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kenderaan smart #1 di sini, pada Selasa. -Bernama