Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Pengendali hospital Indonesia di Gaza hari ini menafikan tuduhan tentera Israel bahawa kemudahannya digunakan oleh Hamas untuk melancarkan serangan.

Komen itu sebagai tindak balas terhadap tuduhan tentera Israel bahawa Hamas menggunakan hospital, termasuk hospital utama Gaza Al-Shifa, Hospital Sheikh Hamad yang dibiayai Qatar dan hospital yang dibina oleh kumpulan dari Indonesia, sebagai perlindungan untuk melindungi operasi bawah tanahnya.

Menurut pengerusi MER-C, kumpulan sukarela yang mengendalikan hospital Indonesia, berkata mereka membina hospital ini untuk membantu orang lain, mengikut keperluan penduduk Gaza.

“Tuduhan Israel adalah prasyarat supaya mereka boleh menyerang hospital Indonesia di Gaza,” katanya pada sidang media di Jakarta.

Semalam, jurucakap tentera Israel berkata, satu imej satelit menunjukkan pelancar roket terletak di seberang jalan dari hospital Indonesia.

Seorang lagi pegawai di MER-C berkata, tiada terowong di bawah hospital itu dan tangki bahan api dan penjana kuasanya disimpan di bangunan berdekatan yang berasingan atas sebab keselamatan.

Indonesia, negara majoriti Muslim terbesar di dunia, menggesa gencatan senjata segera dan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Pegawai kesihatan di Gaza yang dikuasai Hamas berkata, lebih 9,770 rakyat Palestin terbunuh dalam perang sejak Hamas melancarkan serangan rentas sempadan pada 7 Oktober, membunuh 1,400 orang dan merampas lebih 240 tebusan. – REUTERS