Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat keputusan untuk menghadiri Minggu Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 yang berlangsung di Amerika Syarikat (AS).
Namun begitu, Anwar menegaskan bahawa Malaysia tidak berganjak dalam isu perjuangan hak rakyat Palestin, lapor Bernama.
APEC adalah forum ekonomi serantau ditubuhkan pada 1989 bagi memanfaatkan saling bergantungan yang semakin meningkat di Asia Pasifik.
Minggu Pemimpin Ekonomi APEC dijadualkan berlangsung di San Francisco, California dari 11 hingga 17 Nov ini.
Ekonomi anggota APEC terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam.
Semua 21 ekonomi anggota APEC menyumbang hampir 40% daripada populasi global, hampir 50% daripada perdagangan global dan lebih 60% eksport barangan Amerika Syarikat.