Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Ahli Parlimen pembangkang untuk terus mengadakan rundingan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, mengenai permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing.

Ini susulan kenyataan Ahli Parlimen pembangkang yang memaklumkan akan rundingan atau permohonan peruntukan bersama Fadillah akan dihentikan bagi kawasan mereka.

“Bincang dengan TPM Fadillah,” katanya ketika disoal pemberita selepas melancarkan Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.

Beliau disoal mengenai dakwaan terdapat pelbagai syarat yang perlu dipatuhi Ahli Parlimen pembangkang sekiranya ingin membuat membuat permohonan peruntukan bagi kawasan masing-masing, lalu Anwar menjawab: “Tiada”.

Sebelumnya, Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa beliau telah bertemu Fadillah sebanyak dua kali bagi berbincang mengenai peruntukan berkenaan, sebelum memaklumkan akan menghentikan rundingan berhubung perkara itu. – Berita Harian