Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Malaysia telah menerima tiga notis tata tindak daripada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) atas pendirian tegas Malaysia dalam isu Palestin.

Anwar turut menjelaskan bahawa Kementerian Luar menerima dua notis tata tindak pada 13 dan 30 Oktober lepas dan satu lagi kepada Duta Besar Malaysia ke AS kerana Malaysia enggan melabel Hamas sebagai pengganas.

Begitupun, beliau tidak memberi perincian mengenai tarikh satu lagi notis rasmi yang dihantar terus kepada duta besar Malaysia di Washington.

“Duta besar kita ke Washington telah dipanggil oleh Amerika Syarikat yang mempersoalkan keputusan kita terhadap permasalahan Israel, khususnya keganasan Israel terhadap Gaza.

“Duta besar kita tegas menyatakan pendirian kita. Oleh kerana keengganan kita untuk membantah tindakan Hamas dan menganggap Hamas sebagai pengganas.

“Maka saya juga mendapat maklumat dan melalui Kementerian Luar, kita telah menerima demarche atau tatatindak dari Kedutaan Amerika Syarikat…dua kali.

“Pertama pada 13 Oktober, dan kedua pada 30 Oktober. Satu lagi kepada duta besar,” katanya.
Beliau mengulas demikian ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada hari ini. – Awani/Media Perpaduan