Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Himpunan Malaysia bersama Palestin di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil malam ini dihadiri lebih 15 ribu rakyat Malaysia.

Acara yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan negara termasuk NGO-NGO ini diadakan untuk menegaskan bahawa Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Palestin yang dizalimi oleh rejim Zionist Israel.

Anwar dalam ucapan kemuncak nya menyatakan dengan tegas dan lantang terhadap kekejaman regim Zionist Israel dan menekan kuasa-kuasa besar untuk segera hentikan kezaliman di Palestin.

Anwar juga mengatakan, Mesir telah bersetuju untuk membantu Malaysia dalam urusan bantuan kemanusiaan kepada Gaza.

Anwar berkata, dia juga terima kritikan keras daripada negara-negara kuasa besar namun selagi beliau mendapat mandat daripada rakyat Malaysia beliau tidak akan terima ugutan dan terus pejuangkan Palestin.

Perdana Menteri menyeru agar rakyat Malaysia teruskan menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun Malaysia berada jauh dari negara mereka. -Media Perpaduan