Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Sesi pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke 69 yang dijadualkan berlangsung 20 hingga 22 Oktober ini menyaksikan bahawa tiada pertandingan bagi tiga jawatan tertinggi Pemuda PAS.

Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari turut mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya dan hanya seorang calon diajukan untuk jawatan itu, sekali gus akan ada ketua baru bagi sayap Pemuda PAS.

Dia juga memaklumkan bahawa jawatan timbalan ketua Pemuda dan naib ketua Pemuda juga akan dimenangi tanpa saingan.

“Calon (ketua pemuda) yang dicalonkan itu hanya seorang sahaja. Jadi, tidak ada pertandinganlah dan untuk makluman, timbalan ketua dan naib ketua pemuda (juga) akan menang tanpa bertanding,” ujar Ahmad Fadhli kepada Malaysiakini.