Kementerian Pendidikan (KPM) yang mendapat peruntukan terbesar menerusi Belanjawan 2024 komited memastikan agenda dalam belanjawan itu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.
Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata pihaknya menyambut peruntukan keseluruhan sebanyak RM58.7 bilion itu dalam perspektif yang dirasakan sebagai perjuangan untuk pendidikan manusiawi.
“Alhamdulillah KPM masih lagi menjadi kementerian menerima peruntukan terbesar…paling penting dalam konteks dasar adalah jelajah pendidikan masa depan negara,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Perlis 2023 di sini, hari ini.
Semalam, media melaporkan yang pendidikan kekal sebagai komponen utama menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI apabila RM58.7 bilion diperuntukkan kepada KPM berbanding RM55.2 bilion pada 2023. – Berita Harian