Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KAJIAN kebolehlaksanaan untuk cadangan membina landasan kereta api yang menghubungkan Sabah dan Sarawak ke Indonesia akan dilaksanakan, kata Anthony Loke Siew Fook.

Menteri Pengangkutan itu berkata, kerajaan baru-baru ini bersetuju mempertimbangkan cadangan Sarawak untuk membina landasan Kereta Api Trans-Borneo.

“Sarawak telah meminta kajian kebolehlaksanaan. Kementerian telah meminta peruntukan untuk menjalankan kajian itu,” kata Anthony kepada media sempena Simposium Antarabangsa MSA 2023 di Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Openg menyokong cadangan itu yangakan merangsang ekonomi rantau Borneo.

Landasan Kereta Api Trans-Borneo pada mulanya dicadangkan bekas perdana menteri Najib Razak kepada Presiden Indonesia Joko Widodo pada 2015 untuk memudahkan pergerakan orang ramai, barangan dan perkhidmatan.

“Permintaan (dari Sarawak) dibuat atas alasan menghubungkan pelabuhan di sepanjang kawasan pantai negeri-negeri Borneo, dan pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan,” kata Anthony.

Beliau berkata tiada keputusan mengenai projek itu akan dibuat sementara menunggu kesimpulan kajian itu. -Media Perpaduan