Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

BEKAS pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa sudah berada di Malaysia bagi membantu siasatan pihak berkuasa mengenai skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain yang berkata, lelaki itu tiba di Malaysia pada tengah malam tadi.

Namun beliau enggan mendedahkan keberadaan Roger Ng atas faktor keselamatan.

“Ya saya sahkan, dia (Roger Ng) sudah berada di negara ini,” katanya dipetik MalaysiaGazette.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution memberitahu, Roger Ng akan tiba di Malaysia pada tengah malam tadi.

Jelas Saifuddin, tempoh Roger Ng akan berada di Malaysia bergantung kepada proses siasatan yang akan dikendalikan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Roger Ng yang telah dihukum penjara 10 tahun di New York, Amerika Syarikat kerana membantu menggelapkan berbilion dolar dana 1MDB. – Media Perpaduan