Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KERAJAAN memberi jaminan mahasiswa di seluruh negara tidak akan dibebankan dengan sebarang kenaikan kos yuran pengajian.

Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin turut menegaskan, yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kekal berada di tahap yang sama dan tiada kenaikan.

“Saya suka nyatakan bahawa KPT tidak menyumbang kepada kenaikan kos dan kita akan pastikan yuran kita berada pada tahap yang sama.

“Soal-soal makan (kenaikan kos sara hidup dan barangan keperluan) semua itu, semua orang kena,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Sambutan Hari Akademia dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2023 di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai situasi lebih 500,000 mahasiswa berhadapan kenai­kan kos sara hidup yang ketara antara RM200 ke RM300 sebu­lan dalam sesi baharu penga­jian. -Media Perpaduan