Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KELICIKAN kartel beras dalam menipu rakyat akan didedahkan Pemuda Umno.

Ketuanya, Dr Muhammad Akmal Salleh berkata, perkara itu tidak boleh dibiarkan berpanjangan kerana ia melibatkan hak rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, isu tersebut perlu didedahkan kerana telah ada pihak menipu rakyat berkaitan beras hancur dan beras super special tempatan (SST).

“Yang mana satu beras hancur dan beras SST? Jawab dulu, nanti saya akan beritahu pendedahan isu kartel beras ini menipu rakyat. Kita lawan demi hak rakyat!,” katanya di Facebooknya hari ini.

Dalam hantaran itu, beliau turut memuat naik gambar beras yang hancur dan beras SST supaya orang ramai boleh membuat perbandingan. -Media Perpaduan