Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

Anak kelahiran Peringgit Melaka itu berkata, beliau tidak menjangkakan akan menerima anugerah ini namun tetap bersyukur dengan rezeki yang telah ditentukan Allah.

“Kita sendiri harus menunjukkan teladan yang paling baik, jadi apabila kita tunjukkan teladan yang paling baik bagi diri kita, maka Insya-Allah keluarga kita juga akan baik, kalau keluarga kita baik, maka Insya-Allah komuniti, jiran-jiran juga akan terikut dengan perangai kita dan seterusnya diberkembanglah, tapi kalau kita tak mulakan dengan diri kita, satu pun tidak akan ada,” katanya.
Beliau ditemui media selepas selesai majlis berkenaan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, hari ini.
Dr Syed Othman merupakan pensyarah pertama yang mengajar Ekonomi Islam di Malaysia, iaitu di Univerisiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1997.

Selain itu, beliau juga terlibat dalam pengenalan, pembangunan dan pemerkasaan disiplin Ekonomi dan Kewangan Islam dan juga diperingkat antarabangsa.
Sementara itu, turut diumumkan adalah 6 orang penerima Anugerah Maulidur Rasul iaitu Pengasas dan Presiden Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI), Datuk Kamarudin Abdullah dan Yang Dipertua Persatuan Falak Syari’i Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer.

Aktivis kebajikan haiwan, Datuk Dr Mohd Nordin Mohd Nor, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, Pengurus Operasi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (PERTIS), Zamzuri Ghani dan juga bekas Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang, Shaariah Dahman.

Anugerah telah dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kesemua penerima anugerah masing-masing menerima hadiah wang tunai, medal, sijil penghargaan dan jongkong emas sumbangan kerajaan. -Media Perpaduan