Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KONTINJEN Malaysia di Sukan Asia Hangzhou menuai pingat emas kedua hari ini menerusi jaguh ekuestrian, Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil.

Qabil Ambak meraih emas dalam acara dressage individu, mengutip 75.780 mata, sekali gus memperbaiki pencapaian pingat perak pada edisi 2018 di Palembang.

Pingat perak dalam acara itu dimenangi oleh atlet Hong Kong, Jacqueline Wing Ying, manakala pingat gangsa milik wakil India, Agarwalla Anush.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh turut berkongsi kejayaan pingat emas diraih Qabil Ambak di Facebook.

“Malaysia baru sahaja memenangi pingat emas kedua menerusi acara equestrian. Terbaik di Asia! Tahniah Mohd Qabil Ambak Mahamad Fathil!” katanya. -Media Perpaduan