Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

CAJ perkhidmatan Klinik Kesihatan kerajaan kekal RM1 dan tiada sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj berkenaan.

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan berkata, penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab telah menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat.

Justeru, KKM menasihati orang ramai agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak menghebahkan maklumat yang tidak sah.

“Kami menasihati semua pihak untuk berhati-hati dalam menyebarkan informasi dan sentiasa
memastikan kebenarannya sebelum berkongsi dengan individu lain,” kata KKM dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, kecoh di aplikasi TikTok kononnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menaikkan caj perkhidmatan klinik kesihatan kepada RM10 sehingga RM15 sedangkan kadar caj semasa adalah RM1. -Media Perpaduan