Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

MAHKAMAH Pilihan Raya hari ini membatalkan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN) Che Alias Hamid di kerusi Parlimen Kemaman.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis memutuskan untuk membenarkan petisyen pilihan raya oleh calon BN Wan Mohamad Hisham Wan Abdul Jalil.

Peguam Che Alias, Yusfarizal Yussof mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa mahkamah pilihan raya membenarkan petisyen Wan Mohamad Hisham, lapor Malaysiakini.

Sebelum ini pada 13 Februari lalu, Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen itu apabila membenarkan bantahan awal oleh Che Alias berhubung petisyen yang dikatakan mengandungi fakta cacat dan tidak sah bagi menyokong dakwaan rasuah semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun pada 2 Mei lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Wan Mohamad Hisham untuk mengembalikan semula petisyen berkenaan menjalani perbicaraan penuh. -Media Perpaduan