DATUK Seri Anwar Ibrahim mencipta sejarah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah Jumaat di Pusat Kebudayaan Islam New York (ICCNY), New York, Amerika Syarikat (US), semalam.
Perdana Menteri berada di New York bagi menyertai Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ke-78.
Ianya menjadi signifikan bagi pusat itu, yang juga masjid pertama dibuka di bandar raya berkenaan pada 25 September 1995.
Perdana Menteri menyampaikan Khutbah Jumaat di hadapan lebih 800 jemaah turut disiarkan secara langsung melalui laman sosial Facebook rasminya.
Dalam khutbah itu, Perdana Menteri berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan masyarakat berbilang kaum dan agama, yang menjadi faktor penting untuk hidup dengan aman serta harmoni.
Jelasnya, Malaysia sentiasa cuba menggalakkan persefahaman, toleransi dan keperluan untuk memahami budaya dan agama orang lain.
Beliau turut mengambil peluang menjelaskan konsep ‘Malaysia Madani’ yang diperkenalkan dalam pentadbiran kerajaannya serta ancaman Islamofobia di seluruh dunia. -Media Perpaduan