Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

GARA-GARA mengeluarkan kenyataan orang Melayu akan hilang kuasa, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberi keterangan kepada polis, hari ini.

Presiden Bersatu itu telah memberi keterangan kepada polis di pejabat Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), di Jalan Sentral, Kuala Lumpur.

Beliau yang memakai baju berwarna hitam, tiba di pejabat MIDA pada jam 9.15 pagi, lapor BH.

Selepas hampir tiga jam di bangunan berkenaan, Muhyiddin keluar bersama pengiringnya pada jam 11.58 pagi, kemudian tersenyum sambil melambai kepada wartawan yang membuat liputan.

Pada 3 September lalu, Muhyiddin didapati telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor.

Ucapannya itu kemudiannya dikongsi di Facebook yang mana mengandungi dakwaan Melayu pada masa ini tidak lagi menguasai kerajaan.

Susulan itu, media melaporkan, tindakan polis itu dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 4(A) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. -Media Perpaduan