Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

MALAYSIA dan Sri Lanka bersetuju mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor termasuk perdagangan dan pelaburan, pendidikan serta pembangunan sumber manusia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan semasa pertemuannya dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe, New York, hari ini.

“Dalam mesyuarat, kami bersetuju untuk mengukuhkan hubungan dua hala dalam pelbagai sektor untuk faedah bersama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Perdana Menteri kini berada di New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pertemuan itu juga memberi peluang kepada kedua-dua negara meneroka bidang kerjasama baharu dalam usaha memperkukuh kerjasama sedia ada.

“Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dan Sri Lanka,” kata Anwar.

Selain Wickremesinghe, Perdana Menteri juga mengadakan pertemuan dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Iran, Seyed Ebrahim Raisi pada hari pertamanya di bandar raya ini. -Media Perpaduan