Sorting by

×
Hantar Berita Ini:

KERAJAAN Perpaduan Negeri Selangor melantik bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting Lau Weng sebagai speaker Dewan Negeri Selangor bagi penggal ini.

Pelantikan diumum Setiausaha Dewan J Gayathri pada majlis mesyuarat pertama (angkat sumpah) persidangan penggal pertama DNS ke-15 di Bangunan Annex di Shah Alam, hari ini.

ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mencadangkan Weng San untuk menggalas peranan Speaker telah mendapat sokongan majoriti ahli dewan melalui undi sulit.

Berusia 45 tahun, Weng San pernah menjadi wakil rakyat Kampung Tunku selama dua penggal sejak 2008 selain berkhidmat kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Pada pilihan raya negeri lalu, Weng San tidak mempertahankan kerusi Banting bagi memberi laluan kepada EXCO Kebajikan V Papparaidu.

Beliau kemudian mengumumkan ADUN Bukit Antarabangsa Mohd Kamri Kamaruddin sebagai timbalannya selepas disokong majoriti ahli dewan melalui proses sama.
-Media Perpaduan